Ya Mu’allim
Ya Habibi al-Musthafa
Indahnya andai dapat bersua dengan-Mu
Pasti aku hanya tunduk mendiamkan diri oleh kerana merasa rendah hati berhadapan denganmu insan yang mulia
Indahnya andai dapat melihatmu
Pasti aku terpaku oleh indahnya wajahmu serta mulianya pekertimu
Indahnya andai bisa berhadapan denganmu
Akan aku khusyu’ mendengar suaramu yang indah, memberi kata nasihat dan tasyji’ buatku sebagai bekal hidupku di akhir zaman yang amat mencabar ini
Pasti tidak akan henti mengalir air mata ini dek kerana bahagia bertemumu
Juga tangisan sedih kerana akan berpisah denganmu setelah itu
Kerana dunia kita berbeza
Engkau di ‘sana’ sedangkan aku masih di sini
Dunia yang fana’ ini
Ya Rasulallah
Tak tergambar oleh kata-kata
Rasa rindu yang berpukal di kalbu ini
Damaikan ia dengan jaminan syafaatmu di hari perhitungan kelak
Ya Rasulallah, isyfa’lana indallah..
Alfaqirah
10.42am, 07.10.07 / 24 Ramadhan 1428