Tuesday, November 11, 2008

Pengajian oleh Ustaz Fahmi Zam zam

Pengajian oleh
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam zam Al-Banjari Al-Maliki An-Nadwi


Pengajian Hikam Ibn 'Athoillah

Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429 / 15 November 2008 (Sabtu)
Lokasi: Surau Tingkat 3, Anjung Rahmat, Batu 6, Jln Gombak 53100 KL
Masa: Selepas sholat Maghrib


Pengajian Kitab Sairus Salikin

Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/ 16 November 2008 (Ahad)
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari

* moga dipermudahkan bagi kita untuk menghadiri majlis-majlis ilmu,
yang merupakan antara taman-taman syurga yang ada di dunia ini.

Monday, November 10, 2008

Hadirnya Tanpa Isyarat


Innalillahi wa iina ilaihi raji'uun..

Dari Engkau kami datang, kepada Engkau kami kembali..

Kelmarin, kuterima sebuah khabar yang cukup memeranjatkan. Seorang kenalan meninggal dunia. Masih muda. 25 tahun. Kemalangan kecil ketika ingin ke tempat kerja. Hanya luka ringan secara zahirnya. Motor yang dinaiki juga masih dalam keadaan elok. Namun, tidak diduga. Keesokan harinya, arwah disahkan meninggal akibat pendarahan di kepala dan terdapat urat putus.

Subhanallah.. Yang zahir terlihat elok, belum tentu dalamannya sihat dan sempurna. Allah jualah yang lebih mengetahui.

"Kakak sempat tunggu hingga jenazah tiba di rumah" tanyaku.

"Sempat. Tapi bukan boleh buat apa. Tengok je. Dia pun tak tau kita datang kan.." Sahut kakak.

Allah, terasa sayu sungguh hati ini. Ya, benar. Kita tak mampu berbuat apa. Dia pula tetap terkujur kaku tanpa bicara.


Allah lebih menyayanginya. Moga 'perginya' diterima dengan lapang hati oleh semua yang ditinggalkannya terutama kaum keluarga dan sahabat handai. Moga rohnya diampunkan dan diterima di sisi Allah.

Cukuplah mati sebagai sebaik-baik pengajaran buat kita yang hidup. Tak sanggup rasanya diri ini menanggung beratnya seksaan kubur.

Allahu rabbi, ampuni hamba...

Tidak aku layak ke syurga-Mu..

Namun tidak sanggup aku menahan beratnya seksa neraka-Mu..

Ya Rabbi, berilah kekuatan kepada hamba untuk memenuhi segala kewajipan yang Engkau amanahkan kepadaku

Sebagai hamba-Mu

Sebagai anak

Adik

Kakak

Isteri

Cucu dan cicit

Saudara/anak saudara/sepupu

Pekerja

Jiran

Penanggung hutang dunia

Dan banyak lagi..

Ya Allah, terlalu banyak tanggungjawab yang belum tentu dapat hamba penuhi

Bantulah hamba, Ya Allah..




Friday, November 7, 2008

Usah Putus Harap!

Saat yang ditunggu semakin hampir. Yang dirai bersalam-salam dan berpelukan dengan keluarga terdekat. Ada dakapan erat, ada ciuman kasih, ada usapan sayang juga ada air mata hiba.

'Tunggu kami di sana ye," ucapku pada mereka. Amin.. Dengan penuh harapan aku mengimpikan agar kalam itu maqbul.

Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan ke KLIA menghantar pemergian seorang sahabat beserta suami nya ke bumi anbia, Mesir. Kembara mereka untuk mengutip bebutir mutiara ilmu di sana. Moga mereka selamat pergi dan selamat kembali kelak.

Sayu di hati ini menghantar pemergian mereka. Emm, kapan ya rezeki aku untuk ke sana? Wallahu'alam. Tekad diri ini, ingin ke sana, juga ke bumi haramain Mekah dan Madinah sebelum ajal bertandang. Moga ada rezeki aku untuk ke sana bersama kekasih tercinta. Ayuh, menabung dan berjimat cermat demi menggapai cita-cita murni itu =)
InsyaAllah..

[4] LAGENDA APPRILIA

"Auni, abang Khairul ada terjumpa kawan baiknya, Muhammad minggu lalu. Muhammad itu ada menyatakan hasratnya untuk menikah. Tapi belum ada calon lagi, katanya. So.." Kak Safiyyah memulakan bicara di suatu petang ketika dia datang menziarahiku di rumah.

"So?"Tanyaku lembut apabila menyedari kata-kata Kak Safiyyah terhenti pada kalimah itu.

"So, akak tengok kamu ni sesuai dengan Muhammad. Muhammad itu diyakini agamanya, daripada keturunan baik-baik, ramah, sangat rendah hati dan berbudi bahasa orangnya. Sesuailah dengan kamu yang tidak banyak bicara namun cukup dewasa dan bijaksana." Kunyahan pisang goreng yang masih bersisa di dalam mulut seperti tersekat di kerongkong. Aku terkedu dengan penyataan Kak Safiyyah itu.

"Akak rasa sudah tiba masanya untuk kamu memikirkan tentang hal ini. Lagipun, pengajian kamu akan tamat tidak lama lagi, kan. Akak bersungguh ni, Auni. Akak dan Auni pun tahu kan, perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh diambil ringan. Setelah beberapa hari mempertimbangkannya, akak bersandar sepenuhnya pada solat istikharah yang akak lakukan dan tawakkal yang tidak berbelah bahagi pada-Nya. Akak yakin dengan gerak hati akak, Auni" Sambung Kak Safiyyah lagi sebelum sempat aku berkata apa.

"Emm…." Kunyahan goreng pisang di mulut sudah ditelan. Aku menyandarkan tubuhku di sofa.

"Akak bagi Auni masa untuk berfikir, boleh?" Aku cuba bertoleransi.

"Insya-Allah, akak tunggu. Kalau Auni terima, akak akan usahakan agar dia bicara terus dengan ibu kamu. Itu lebih baik bukan?"

"Terima kasih kerana memahami diri ini. Memang itu hasrat di hati. Bila ianya sudah pasti, Auni akan memaklumkan jawapannya kepada akak." Aku sudah menegakkan belakang tubuh dari bersandar di sofa.

"Insya-Allah. Terima kasih Auni kerana mempercayai kakak angkatmu ini." Aku sekadar mampu melemparkan senyuman pada Kak Safiyyah yang tersirat padanya bermacam-macam rasa. Takut, terperanjat, bimbang dan gembira.


******************

Thursday, November 6, 2008

Syawal, Dzulqaedah

Ramadhan,
Syawal,
Dzulqaedah.

Syawal sudah sempurna sebulan. Aidilfitri tinggal kenangan. Semoga apa-apa sahaja yang ditempuhi dan diperolehi disyukuri dan diambil iktibar dengan sebaiknya.

Setelah Dzulqaedah, tibalah bulan yang padanya terdapat agenda besar dalam kalendar Islam iaitu Dzulhijjah. Meski jarak masa masih beberapa minggu, umat Islam dari seluruh dunia yang terpilih telah berangkat ke kota suci Mekah sebagai persiapan untuk mengerjakan haji pada bulan Dzulhijjah nanti.

Semoga dirahmati dan dipelihara Allah sentiasa..

Alfu Mabruk!

Alhamdulillah..

Masih mampu diri ini untuk menulis. Bukanlah terlalu sibuk sehingga tidak berkesempatan. Tetapi kurang bersemangat dek kekeringan idea dan kurangnya kreatif diri ini. Beberapa hari ini, dapat kuluangkan masa melihat dan menjengah ke rumah-rumah maya kepunyaan sahabat dan sahabiah yang dirindui. Alhamdulillah, smuanya hebat-hebat belaka. Selamat berblog! Teruskan usaha. Chaiyok!! =)


Meniti ke penghujung tahun dan menjengah peringkat awal cuti persekolahan, seorang demi seorang sahabat menghantar berita tentang pernikahan mereka. Alhamdulillah wa syukurillah..


Buat yang sudah selamat diijab kabulkan, alhamdulillah. Semoga pernikahan yang terpatri dan keluarga yang terbina barokah selamanya.


Biar dengan barang hantaran yang sederhana, biar dengan majlis yang tak se-gah mana, yang penting barokah. Persiapan fizikal, mental dan rohani harus mantop. Persiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya. Ilmu perihal ketaatan pada suami (bagi perempuan), perihal tanggungjawab suami isteri, perihal hubungan suami isteri dan banyak lagi. Mental dan emosi harus kuat. Perkahwinan adalah laluan ke arah kematangan.



Kepada yang sudah selamat menikah, semoga tabah mengharungi pelayaran bahtera rumahtangga dengan sabar dan bahagia selamanya hingga ke syurga =)


Kepada yang akan menikah, selamat menempuh sebuah fasa kehidupan yang indah dan penuh misteri. Semoga barakah.. =)



Buat Salwa & Wahida dan semua yang akan menikah,
'Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair..' Amin