Thursday, September 11, 2008
[3] LAGENDA APPRILIA
Setelah usai solat Subuh dan menyempurnakan bacaan surah al-Kahfi, aku melangkah ke halaman rumah menghirup udara pagi.
Masya-Allah...
TabarakAllah…
Sangat indah suasana pada pagi Jumaat yang barakah itu, penghulu segala hari. Langit samar-samar kelihatan. Tidak gelap gelita dan tidak pula terang benderang. Matahari sedang mengambil giliran menyuluhkan cahayanya kepada alam menggantikan bulan yang sudah semalaman berkhidmat. Aku mengambil tempat di sebuah bangku kayu yang terletak di taman mini hasil tangan ibu dan kakak yang terletak di sudut kanan anjung rumah.
"Jauh termenung?" Tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara. Emak rupanya.
"Luka kamu dah semakin baik?" Tanya emak memperlihatkan keprihatinannya.
"Alhamdulillah, semakin baik berkat tangan emak yang merawat" Jawabku sambil tangan kanan meraba-raba kesan luka di dagu yang berjahit 5 jahitan dan di tangan kiri 9 jahitan.
Setelah itu, emak terdiam agak lama. Begitu juga aku. Asyik memerhatikan panorama indah di pagi hari yang hening itu. Beberapa detik selepas itu, sesuatu yang penting terlintas di benak ini. Aku mula menyusun ayat bagi memulakan bicara.
"Emm, Muhammad ada hubungi emak?" Tanyaku lembut. Emak memandangku dengan satu lirikan yang berunsur usikan.
"Kenapa tanya?" Tanya emak dengan senyuman yang masih bersisa. Aku jadi malu. Sekadar menggelengkan kepala tanpa sebarang kata.
"Muhammad ada hubungi emak tiga hari yang lalu. Dia dah nyatakan segala-galanya. Latar belakangnya, hajatnya untuk melamar kamu dalam masa terdekat ini serta perancangannya selepas hidup berkeluarga." Jelas emak.
"Ceritakanlah pada Auni apa sahaja yang diceritakannya kepada emak." Pintaku lembut.
"Muhammad baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Australia dalam bidang bioteknologi. Dalam tempoh dua bulan lagi, dia akan berkhidmat sebagai pegawai penyelidikan pertanian di Jakarta, Indonesia. Di samping itu, dia juga akan membantu sahabatnya mengusahakan sebuah ladang sayur-sayuran dan buah-buahan di daerah Bogor, tidak jauh dari Jakarta. Ladang tersebut terletak di sebuah kawasan pergunungan yang diusahakan oleh penuntut-penuntut pesantren[1] di kawasan tersebut."
"Macam mana dia boleh dapat kerja sampai ke sana?" Tanyaku ingin tahu.
"Kenalannya di sana yang mengkhabari. Muhammad sering ke sana sejak 3 tahun kebelakangan ini. Sekiranya ada cuti panjang, pasti dia akan menyertai temannya yang merupakan penuntut sepenuh masa di pesantren di Bogor itu untuk mengikuti kuliah pengajian agama di sana. Satu hal yang dia tegaskan, gajinya tidaklah selumayan mana. Tapi cukuplah dengan kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaiknya untuk berkhidmat pada masyarakat di sana dan secara tidak langsung berpeluang berguru dengan Syeikh pemilik pesantren itu jika ada kelapangan waktu.” Aku mengangguk-angguk mendengar penjelasan emak yang bersungguh-sungguh itu.
Ada kekaguman berputik di hati. Alangkah indahnya andai dapat menjadi penghuni setia pada salah satu dari taman-taman syurga yang Allah ciptakan di dunia ini. Majlis ilmu yang penuh berkah yang akan dipayungi oleh ribuan para malaikat Allah.
"Bagaimana Auni, kamu terima?" Tanya emak. Aku sekadar menjungkitkan bahu.
"Kamu fikirlah baik-baik. Awal-awal lagi, Muhammad sudah meingingatkan bahawa kehidupan di sana tidaklah mudah. Tapi InsyaAllah, emak yakin yang kamu mampu untuk mengharungi apa jua keadaan sekalipun. Siapa tahu nanti bila hidup kalian sudah stabil, kalian boleh beli tanah di sana. Bolehlah kamu usahakan ladang ternakan lembu dan kambing yang kamu impikan itu. Hasilnya boleh meningkatkan taraf hidup kalian manakala sebahagian daripada keuntungannya boleh disumbangkan sedikit sebanyak untuk kerja dakwah di sana." Provok emak.
”Emak tak kisah ke Auni pergi jauh? Kasihan emak tinggal sendirian di sini." Tanyaku inginkan kepastian daripada emak.
“Emak tak kisah. Emak terima sahaja keputusan kamu selagi mana itu adalah keputusan yang terbaik buat kamu di sisi-Nya. Kita semua perlu belajar untuk menerima perpisahan yang sementara di dunia ini sebelum tibanya saat perpisahan yang abadi kelak. Doa emak akan sentiasa mengiringi langkah kamu walau ke mana pun kamu pergi. Kamu harus ingat itu." Tutur emak lembut sambil memegang bahuku.
Tidak lama selepas itu emak berlalu pergi meninggalkanku sendirian. Langit kelihatan sudah semakin cerah. Mentari kian memperlihatkan dirinya dengan penuh megah. Kesendirian telah menjemput kembali peristiwa yang berlaku beberapa minggu yang lalu untuk singgah mengetuk kotak fikiran yang kosong ini.
**************************
[1]Sekolah pondok atau ma’had

Posted by Naufiz at 12:05 PM
Labels: Cerpen, Lagenda Apprilia
Subscribe to:
Posts (Atom)