Tuesday, April 14, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur @ PWTC



Jangan ketinggalan untuk mendapatkan produk-produk terkini dan bermanfaat keluaran syarikat Inteam Records Sdn Bhd dengan harga istimewa.

Bermula 17 April 2009 hingga 26 April 2009 @ PWTC
Jumpa di sana =) !!

Tuesday, February 17, 2009

Tuesday, November 11, 2008

Pengajian oleh Ustaz Fahmi Zam zam

Pengajian oleh
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam zam Al-Banjari Al-Maliki An-Nadwi


Pengajian Hikam Ibn 'Athoillah

Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429 / 15 November 2008 (Sabtu)
Lokasi: Surau Tingkat 3, Anjung Rahmat, Batu 6, Jln Gombak 53100 KL
Masa: Selepas sholat Maghrib


Pengajian Kitab Sairus Salikin

Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/ 16 November 2008 (Ahad)
Lokasi: Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari

* moga dipermudahkan bagi kita untuk menghadiri majlis-majlis ilmu,
yang merupakan antara taman-taman syurga yang ada di dunia ini.

Monday, November 10, 2008

Hadirnya Tanpa Isyarat


Innalillahi wa iina ilaihi raji'uun..

Dari Engkau kami datang, kepada Engkau kami kembali..

Kelmarin, kuterima sebuah khabar yang cukup memeranjatkan. Seorang kenalan meninggal dunia. Masih muda. 25 tahun. Kemalangan kecil ketika ingin ke tempat kerja. Hanya luka ringan secara zahirnya. Motor yang dinaiki juga masih dalam keadaan elok. Namun, tidak diduga. Keesokan harinya, arwah disahkan meninggal akibat pendarahan di kepala dan terdapat urat putus.

Subhanallah.. Yang zahir terlihat elok, belum tentu dalamannya sihat dan sempurna. Allah jualah yang lebih mengetahui.

"Kakak sempat tunggu hingga jenazah tiba di rumah" tanyaku.

"Sempat. Tapi bukan boleh buat apa. Tengok je. Dia pun tak tau kita datang kan.." Sahut kakak.

Allah, terasa sayu sungguh hati ini. Ya, benar. Kita tak mampu berbuat apa. Dia pula tetap terkujur kaku tanpa bicara.


Allah lebih menyayanginya. Moga 'perginya' diterima dengan lapang hati oleh semua yang ditinggalkannya terutama kaum keluarga dan sahabat handai. Moga rohnya diampunkan dan diterima di sisi Allah.

Cukuplah mati sebagai sebaik-baik pengajaran buat kita yang hidup. Tak sanggup rasanya diri ini menanggung beratnya seksaan kubur.

Allahu rabbi, ampuni hamba...

Tidak aku layak ke syurga-Mu..

Namun tidak sanggup aku menahan beratnya seksa neraka-Mu..

Ya Rabbi, berilah kekuatan kepada hamba untuk memenuhi segala kewajipan yang Engkau amanahkan kepadaku

Sebagai hamba-Mu

Sebagai anak

Adik

Kakak

Isteri

Cucu dan cicit

Saudara/anak saudara/sepupu

Pekerja

Jiran

Penanggung hutang dunia

Dan banyak lagi..

Ya Allah, terlalu banyak tanggungjawab yang belum tentu dapat hamba penuhi

Bantulah hamba, Ya Allah..




Friday, November 7, 2008

Usah Putus Harap!

Saat yang ditunggu semakin hampir. Yang dirai bersalam-salam dan berpelukan dengan keluarga terdekat. Ada dakapan erat, ada ciuman kasih, ada usapan sayang juga ada air mata hiba.

'Tunggu kami di sana ye," ucapku pada mereka. Amin.. Dengan penuh harapan aku mengimpikan agar kalam itu maqbul.

Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan ke KLIA menghantar pemergian seorang sahabat beserta suami nya ke bumi anbia, Mesir. Kembara mereka untuk mengutip bebutir mutiara ilmu di sana. Moga mereka selamat pergi dan selamat kembali kelak.

Sayu di hati ini menghantar pemergian mereka. Emm, kapan ya rezeki aku untuk ke sana? Wallahu'alam. Tekad diri ini, ingin ke sana, juga ke bumi haramain Mekah dan Madinah sebelum ajal bertandang. Moga ada rezeki aku untuk ke sana bersama kekasih tercinta. Ayuh, menabung dan berjimat cermat demi menggapai cita-cita murni itu =)
InsyaAllah..